Saturday 3 August 2019

PROJEK LEBAH KELULUT 2019




Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera  kepada semua pembaca yang dikasihi,
terima kasih kerana berkunjung ke blog kami Kelulut Global Resources.



Mungkin tidak ramai yang tahu, sejarah industri penternakan lebah  kelulut bermula di Batu Pahat, Johor sejak 28 tahun yang lalu. Pada        Oktober 1988, Jabatan         Pertanian mewujudkan Pusat Apiari Nasional yang terletak di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat, Johor bagi menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan penternakan dan pemeliharaan lebah. Kini, penternakan dan pemeliharaan lebah kelulut semakin pesat berkembang di serata Malaysia.

Kelulut adalah dari sub family Meliponinae atau lebih dikenali sebagai lebah tidak bersengat, berupaya menghasilkan madu, debunga dan propolis sama seperti lebah madu biasa. Bezanya, kelulut tidak bersengat dan menghasilkan lebih banyak propolis berbanding lebah madu sebagai mekanisma pertahanan diri yang berfungsi mensterilkan sarang daripada gangguan organisma lain seperti bakteria, cendawan, virus dan pemangsa. Selain itu, disebabkan oleh saiz ukuran tubuh kelulut adalah lebih kecil, kelulut mampu mengambil nektar dari bunga yang bersaiz kecil, menyebabkan ia mempunyai variasi makanan yang lebih banyak dari lebah biasa sehingga memungkinkan untuk diternak secara konsisten tanpa perlu penjagaan rapi.

Kelulut juga boleh berperanan sebagai agen pendebungaan yang efektif. Kajian terbaru mendapati kelulut mampu menyebarkan benih pokok serta mengahwinkan bunga jantan dan betina secara aktif. Perkhidmatan kelulut sebagai agen pendebungaan dilihat sebagai satu kelebihan kerana kelulut adalah spesis serangga asli di Malaysia, aktif sepanjang tahun, tidak menyengat dan hanya memerlukan kos pengendalian yang rendah. Menariknya, petani boleh menggunakan kelulut sebagai alternatif kepada kaedah pendebungaan konventional “hand-crossed”.




Kualiti propolis kelulut sangat tinggi di 
mana kandungan anti oksidanya adalah 403 kali ganda lebih tinggi daripada jeruk dan kandungan fenol adalah 320 kali ganda berbanding epal merah. Kedua-dua unsur ini berfungsi dalam penyembuhan pelbagai penyakit. Propolis juga mempunyai unsur anti-bakteria dan anti-virus yang sangat bermanfaat kepada manusia. Selain itu, kajian secara saintifik mendapati madu kelulut sebagai sejenis ‘tonik’ mempunyai ciri-ciri anti-radang, anti-parasit, dan telah menunjukkan potensi merawat penyakit berkaitan gusi, gastritis dan ulser. Oleh itu, penggunaan madu kelulut sebagai terapi dan pencegahan penyakit perlu digalakkan di semua lapisan masyarakat.

Walaubagaimanapun, maklumat berkaitan industri kelulut serta aktiviti yang dijalankan oleh penternak, pengusaha dan peminat kelulut masih belum begitu meluas. Selain itu kesedaran masyarakat terhadap industri penternakan kelulut sebagai sumber pendapatan yang berpotensi tinggi masih amat sedikit.

Lambakan madu tiruan yang menguasai pasaran merupakan ancaman terbesar dalam industrI madu. Kajian menunjukkan 80% madu yang terdapat di pasaran merupakan madu campuran atau sintetik. Oleh itu, kerjasama antara pihak universiti dan komuniti amatlah penting untuk memberi kesedaran tentang ketulenan madu bagi mengelakkan pengguna tertipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



Terkini : Madu Kelulut jadi produk SUPERFOOD

Khasiat Madu Kelulut


Admin membekalkan Madu Kelulut Asli 0197890060



Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi Azrul Syahrizan  di talian 019-7890060 untuk maklumat lanjut.


Saturday 4 March 2017

MADU KELULUT & UTM STINGLESS BEE VALLEY

Maklumat tentang KHASIAT HASIL LEBAH KELULUT, yang saya baca dan susun semula hasil penemuan saintis di Malaysia dan Luar Negara.

Smga membantu, dan minta disebar luaskan jika ia bermanfaat. Terima kasih.

KHASIAT PRODUK LEBAH KELULUT

1. MADU LEBAH KELULUT

Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
“Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.”
 – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar

Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.

 “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011

Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.

Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yangm300  boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan.


Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.


2. PROPOLIS LEBAH KELULUT

Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.


Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang. Rujuk keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 Ogos 2008.

Propolis berfungsi sebagai antibakteria 1.5 – 2 kali ganda lebih berbanding propolis lebah apis. Dalam propolis mempunyai berberapa bahan aktif seperti flavonoid, fenolik hidroquinon, tannin, triterpenoid dan gula produksi – Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
Propolis lebah kelulut dengan konsentrasi 8.2% mampu menghalau pertumbuhan 4 jenis bakteria iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa – Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
Propolis lebah kelulut dibuat ubat kumur dan diberikan kepada 92 pesakit yang menderita radang gusi, hasilnya 87% pesakit sembuh – Dr Sherley Horax, Fakultas Kedoktoran Gigi, Universiti Hasanuddin, Makassar.

“Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.” – Keratan Akhbar Utusan Malaysia, Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar


3. BEE BREAD @ ROTI LEBAH KELULUT

Ia merupakan makanan simpanan kelulut selain daripada madu. Bee Bread merupakan campuran debunga (pollen) dengan madu yang diolah menggunakan air liur kelulut. Ianya kemudian melalui proses pencernaan dan fermentasi.

Khasiat daripada bee bread ini amatlah banyak berbanding pollen kerana ianya mempunyai banyak asid amino essential. Kajian dari USM Kubang Kerian telah membuktikan bahawa pengambilan bee bread ini akan memperkuatkan fungsi hati, hempedu, otot, mata, serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi seseorang pengamalnya.


4. KOLONI KELULUT

Disamping mengeluarkan madu, roti lebah dan propolis, Lebah Kelulut memainkan peranan sebagai agen pendebungaan yang penting, terutama pokok hutan dan pertanian. Saiznya yang kecil membolehkannya melakukan proses pendebungaan berkesan kepada bunga-bunga kecil yang tidak dapat dilakukan oleh lebah tualang dan lebah lalat.



 Masalah dihadapi dalam bidang pertanian sekarang, iaitu penurunan agen pendebungaan sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran hasil, dan di sinilah fungsi lebah kelulut sebagai agen pendebungaan.

“Norlezah menggunakan kelulut sebagai agen pendebungaan juga mendapati hasil buah belimbing semakin bertambah. Ini dapat dibuktikan dengan melihat ladang ternakan kelulut MARDI yang ditanam dengan durian mengeluarkan hasil berterusan tanpa musim. Ladang durian yang mempunyai koloni kelulut juga menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim.” – Utusan Malaysia 21/11/2011.

www.KelulutJohor.blogspot.com

Hotline : 0197800060

Sunday 23 October 2016

Madu Kelulut jadi Produk SUPERFOOD




Madu kelulut mempunyai pelbagai khasiat antioksidan yang tinggi berbanding madu-madu tempatan yang lain mahupun madu import.
Dalam hal ini Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, MARDI telah membangunkan madu kelulut sebagai produk superfood dan akan berada di pasaran.
Ini berikutan senario semasa, produk superfood di pasaran mempunyai nilai dan harga yang tinggi berbanding sumber superfood segar seperti buah raspberi, ceri dan teh hijau.
Sebagai usaha berterusan bagi penjenamaan dan menguar-uarkan kebaikan madu kelulut kepada masyarakat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan program Kelulut Walk 2016.
Program tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 18 September lalu yang bertemakan Mulakan Hari Anda Dengan Madu bersempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2016.
Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, ketua-ketua pengarah jabatan dan agensi di bawah kementerian.
Sabri Ali atau lebih dikenali sebagai Pak Sabri adalah seorang juruteknik dari Kemaman, Terengganu telah dipilih sebagai duta madu Kelulut Walk 2016 telah memulakan perjalanan solo terjauh merentas 14 buah negeri sejauh 2,000 kilometer bermula di Taman Botani Negara, Shah Alam, Selangor.
Beliau telah memulakan latihan intensif bagi menjayakan Kelulut Walk 2016 sejak tahun 2014. Bagi memastikan beliau mempunyai stamina yang konsisten, Pak Sabri mengamalkan pengambilan madu kelulut sebagai makanan tambahan dan kesihatan setiap hari.
Sejarah
Misi perjalanan solo Pak Sabri akan mencatatkan sejarah tersendiri dalam The Malaysia Book of Records sebagai Perjalanan Solo Terjauh.
Sehingga kini, beliau telah merentasi negeri Selangor, Sarawak, Sabah, Perak dan Pulau Pinang di daerah-daerah terpilih sejauh 463.69 kilometer. Menerusi kempen ini juga, rakyat Malaysia turut digalak mengambil madu kelulut tempatan sebagai makanan kesihatan tambahan.
Pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan oleh jabatan bagi menyokong Kelulut Walk 2016. Antaranya, kursus Pengenalan Kelulut dan kursus Inovasi Kelulut Topping Gold di Selangor serta kursus Talk About Kelulut di Perak.
Program ini juga mendapat sokongan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan serta jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Perjalanan Pak Sabri akan bersambung ke Kedah dan Perlis pada 24 hingga 26 Oktober 2016. Orang ramai dijemput hadir ke Menara Jam, Sungai Petani, Kedah hari ini (24 Oktober) bagi memberikan sokongan kepada Pak Sabri dan memeriahkan program Agro Karnival Kelulut yang akan diadakan di sana.
Program-program ini diharapkan dapat memberi pendedahan dan galakan kepada orang ramai berkenaan penternakan kelulut dan potensi madu kelulut.
Penternakan lebah kelulut kini semakin mendapat perhatian daripada pelbagai pihak sama ada individu, swasta, agensi dan institusi pengajian tinggi.
Jabatan akan terus memainkan peranan memberi khidmat nasihat pengurusan koloni dan bantuan kepakaran kepada individu dan usahawan muda yang berminat bersama-sama jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.



Hotline : 0197890060 Admin

Madu Kelulut


Pot Madu Kelulut


Madu Kelulut Johor RM35 sebotol 65gram


Saturday 22 October 2016

Keunikan Koloni Lebah Kelulut - Superfood Madu Kelulut

019 7890060


Ratu lebah kelulut mengawan hanya sekali seumur hidup tetapi akan terus bertelur antara 50 hingga 350 biji sehari dalam tempoh dua hingga tujuh tahun hayatnya.
Selepas mengawan dan menyimpan telur di dalam kantungnya, ratu tidak boleh terbang lagi kerana sayapnya tidak dapat menampung perutnya membesar tiga kali ganda daripada saiz lebah biasa dan hanya mampu berjalan melihat lebah pekerja melaksanakan tugas.
Sepanjang tempoh itu, ratu kelulut akan 'dilayan' bagai menatang minyak yang penuh apabila semua keperluannya seperti makan minum, persekitaran dan takhtanya akan dijaga sepenuhnya oleh 'pekerja dan tenteranya'.
Ratu juga paling berkuasa di dalam log kelulut. Bagaimanapun, selepas tidak lagi produktif, ia dengan sendirinya terpaksa turun takhta atau mati dan diganti dengan ratu baru.
Uniknya, semua pekerja adalah kelulut betina manakala yang jantan hanya ditugaskan mengawan bersama ratu sahaja!
Jika bukan musim mengawan, kelulut jantan hanya berterbangan mencari makanan.
Bagaimanapun, malang bagi kelulut jantan kerana hayatnya berakhir dalam tempoh sehari selepas mengawan. Lebih tragis, si jantan akan meninggalkan alat kelaminnya pada ratu! Mungkin itu yang menyebabkan ia mati.
Tidak seperti telur haiwan lain yang menetas secara secara semula jadi, telur kelulut akan ditetaskan pekerja dalam tempoh pengeraman antara 16 hingga 20 hari.
Ketua Pegawai Eksekutif Diva Bee Enterprise Khamarul Azman Mustafa berkata, telur yang mengandungi ratu tiga kali ganda lebih besar berbanding telur yang mengandungi pekerja.
“Pekerja mempunyai jangka hayat hidup lebih singkat iaitu antara 75 hingga 100 hari kerana kekurangan sumber makanan atau terlalu kuat bekerja.
Lebah kelulut akan mula bekerja beberapa hari selepas ditetaskan,” katanya ketika ditemui di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.
Khamarul Azman berkata, lebah kelulut berfungsi sebagai pembuat sarang telur, penjaga makanan dan memberi makan ratu, pengawal mutu yang bekerja untuk menapis dan menilai madu yang diasingkan untuk makanan ratu, disimpan atau terus diminum, pengawal menjaga koloni, pencari dan pengumpul madu dan ratu. Semua ‘jawatan’ itu ditetapkan oleh ratu.
Beliau berkata, kajian yang dijalankan bersama beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) berjaya menemukan kitaran hidup kelulut yang begitu unik.
Menurutnya, lebah kelulut atau nama saintifiknya Trigona spp dikategorikan sebagai lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu (Aps sp).
Katanya, lebah kelulut yang diternak Konsortium Penyelaras Koperasi Negeri Pahang Berhad (Kospen) di Pusat Pembiakan dan Pengeluaran Benih Bukit Goh, Kuantan adalah daripada jenis Itama Mega kerana bersesuaian dengan persekitaran yang redup dan di kawasan pokok buah-buahan seperti mangga, rambutan, durian serta bunga hutan.
“Penghasilan madu kelulut banyak berlaku antara Februari hingga September manakala pada Mac hingga April, lebah giat menghasilkan koloni baru.
“Pengeluaran madu akan berkurangan pada musim tengkujuh kerana lebah tidak dapat keluar disebabkan hujan selain madu dihasilkan menjadi sumber makanan kepada anak kelulut untuk memperkuatkan koloni,” katanya.
Beliau yang dilantik sebagai perunding untuk projek penternakan lebah kelulut Kospen berkata, kitaran hidup kelulut yang begitu unik dan berdisiplin dalam penghasilan madu menjadikan permintaan terhadap madu kelulut makin meningkat di pasaran.
Katanya, madu kelulut mempunyai rasa yang berbeza mengikut spesies dan sumber makanannya.
“Rasa berbeza seperti masam dan manis, berwarna gelap atau cerah serta kepekatannya bergantung kepada sumber makanannya dalam radius satu kilometer daripada kawasan ternakan.
“Dianggarkan antara lima hingga 25 peratus air terkandung dalam madu kelulut menyebabkan rasa dan kepekatannya berbeza-beza,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Kelulut Sampugita Kelantan Berhad berkata, harga madu kelulut boleh mencecah sehingga RM350 sekilogram dan permintaannya sentiasa meningkat.
“Ini kerana khasiatnya serta kadar antioksida yang tinggi dipercayai dapat membantu merawat dan mencegah beberapa penyakit termasuk barah, menguatkan tulang belakang, ulser, menstabilkan tekanan darah serta glukos dalam darah dan memperkuatkan fungsi hati.
“Madu kelulut juga mempunyai jangka hayat panjang dan boleh dijual mentah selepas dituai tanpa melalui sebarang proses,” katanya yang memiliki 1,600 koloni kelulut di ladang ternakannya di Kampung Kepulau, Pelekbang, Tumpat, Kelantan.
Sementara itu, permintaan yang makin meningkat sejak tiga tahun lalu terhadap madu lebah kelulut, ditambah pula dengan potensi kawasan penternakannya yang luas di Pahang berjaya ‘membuka mata’ Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang untuk mengusahakan ternakan lebah kelulut secara berkelompok.
Projek itu dilaksanakan Kospen di kawasan seluas dua hektar dengan 260 koloni kelulut di Pusat Pembiakan dan Pengeluaran Benih Bukit Goh, Kuantan.
Pengarah SKM Pahang Datuk Mohamad Zawawi Mahmud berkata, projek perintis dengan modal RM450,000 dilaksanakan bagi membantu keanggotaan Koperasi Bela Rakyat (Kobera) Pahang yang terdiri daripada golongan miskin keluar daripada paras kemiskinan dan mereka sudah menerima lima peratus hasil daripada keuntungan projek.
“SKM memberi geran bantuan RM50,000 untuk setiap Kobera dan peruntukan itu dimanfaatkan menerusi kerjasama dengan Kospen mengusahakan projek madu kelulut di Bukti Goh.
“Sejumlah 50 kilogram madu dihasilkan di ladang ini setiap bulan dan pengeluarannya ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi menampung permintaan mencecah 100 kilogram sebulan,” katanya.
Bagi tujuan itu, Zawawi berkata, SKM bersama Kospen merancang untuk mengumpul penternak kelulut di seluruh Pahang bagi tujuan penghasilan madu secara berkelompok dan menjadi pengeluar terbesar selepas Kelantan.
“Kita mahu jadikan madu kelulut sebagai identiti Pahang selepas Tenun Pahang Diraja seperti merujuk kepada ‘budu’ secara rasionalnya orang akan merujuk kepada Kelantan.
“Bagi merealisasikan impian SKM Pahang untuk menjenamakan produk madu kelulut ke pasaran antarabangsa, kita akan membawa beberapa produk berasaskan madu kelulut seperti sabun, madu, kopi dan pil makanan tambahan untuk dipromosikan sempena Halal Food Festival di Oman yang berlangsung selama enam hari bermula 18 September ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2016 @ 11:06 AM

Friday 21 October 2016

Superfood Madu Kelulut




Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan memba­ngunkan produk ‘super food’ madu kelulut yang diproses melalui pelbagai peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Super food ialah makanan kaya nutrien yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia. Ia merujuk kepada sumber segar atau makanan yang sudah diproses.
Dalam keadaan semasa, produk super food di pasaran mempunyai nilai dan harga tinggi berbanding sumber super food segar seperti buah raspberri, ceri, teh hijau dan sebagainya.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) diberi tanggungjawab menerusi pembangunan penyelidikan bagi membuktikan madu kelulut mempunyai testimoni dan dibuktikan secara saintifik.
Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Sharif Haron berkata, madu kelulut antara komoditi yang diberi perhatian Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
“Menteri (Ahmad Shabery) mahu madu kelulut dijenamakan sebagai super food pertama Malaysia, manakala di peringkat antarabangsa pada tahun depan.
“Menerusi penyelidikan nanti, MARDI akan membabitkan beberapa aktiviti penyelidikan untuk menilai super food berkenaan,” katanya di Ibu Pejabat MARDI, Serdang, baru-baru ini.
Beliau berkata, antara penyelidikan ialah melakukan pemilihan madu yang tinggi khasiat antioksidan (mengikut kawasan penternakan), pembangunan teknologi pemprosesan dan pembangunan produk madu kelulut.
“Produk super food madu kelulut juga akan melalui ujian keselamatan dan keberkesanan. Antaranya, ujian terhadap tahap haemoglobin dalam darah dan ujian penurunan kadar gula dan kolesterol dalam darah.
“Penyelidikan pe­nyerapan bahan antioksidan dan perencatan sel barah juga akan dikaji membabitkan beberapa aktiviti penyelidikan,” katanya.
Sharif berkata, madu kelulut dihasilkan lebah kelulut iaitu sejenis lebah yang bersaiz kecil. Biasanya kelulut akan membina sarangnya di akar atau tunggul pokok di permukaan tanah.
“Warna madu kelulut biasanya lebih jernih dan cair berbanding madu lebah dan mempunyai rasa masam-masam manis. Kuantiti madu yang diperoleh daripada penuaian setiap sarang juga lebih rendah berbanding sarang lebah biasa.
“Secara umumnya bahan utama dalam madu ialah karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral dan antioksidan serta bahan lain seperti asid organik dan hidroksimetilfurfural.
“Madu kelulut pula biasanya mempunyai kandungan fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa yang lebih rendah berbanding madu biasa,” katanya.
Menurutnya, kandungan Hydroxymethylfurfural (HMF) iaitu bahan yang terbentuk apabila madu disimpan lama atau dipanaskan dalam madu kelulut pula rendah (kira-kira 1.0 mg/kg).
“Asid fenolik, sejenis bahan antioksidan mudah serap juga hadir dalam madu kelulut dan kandungannya lebih tinggi berbanding madu tempatan atau madu import.
“Antara asid fenolik yang dijumpai dalam madu kelulut ialah asid benzoik, asid fenilpropanoik, asid 4-hidroksibenzoik, asid 4-hidroksifenil asetik, asid vanilic, asid protokatechuik dan asid p-koumarik.
“Bahan ini mempunyai pelbagai kegunaan, antaranya asid p-koumarik mempunyai aktiviti antoksidan yang tertinggi diikuti dengan asid protokaechuik dan seterusnya asid vanilik,” katanya.
Katanya, asid p-koumarik dipercayai boleh mengurangkan risiko barah perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamine (karsinogen).
“Asid fenilpropionik iaitu sejenis bahan utama madu kelulut mungkin boleh mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2), sejenis enzim terbentuk semasa perkembangan barah usus besar.
“Bahan ini juga efektif dalam menurunkan tahap kolesterol dalam plasma dan hati serta trigliserida dalam darah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2016 @ 5:36 AM


Admin : 0197890060 

Thursday 20 October 2016

BELI MADU KELULUT

Mengikut satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Malaya tidak lama dulu, lebih 75% daripada madu yang terdapat di pasaran sekarang adalah bukan madu asli.  Madu-madu tersebut adalah sama ada madu tiruan (yang dihasilkan secara secara sintetik) atau madu yang dicampur dengan bahan lain untuk menambah isipadu madu tersebut.  Umum kita tahu bahawa madu tidak asli ini boleh memudaratkan kepada pengamalnya.

Persoalannya apakah panduan yang harus kita boleh ikut semasa membeli madu dipasaran agar kita tidak tertipu dan membeli madu tiruan atau madu campuran. Disini saya ingin berkongsi sedikit panduan jika anda ingin membeli madu yang terdapat dipasaran pada masa ini.

1. Harga

Berhati-hati jika anda ditawarkan madu dengan harga yang terlampau murah berbanding dengan harga pasaran biasa madu asli (sama ada madu lebah kelulut atau lebah apis).  Sebagai contoh ada penjual madu kelulut yang menjual dengan harga RM30.00 sahaja sebotol (lebih kurang 300 g), walhal pasaran biasa bagi madu kelulut asli ialah RM80.00 - RM100.00.  Walau bagaimana pun tidak semua madu yang dijual pada harga pasaran itu madu asli.

2. Pengesahan syarikat

Semak pada label dibotol dan buat sedikit pencarian maklumat berkenaan syarikat atau kilang yang menjual madu tersebut.  Nilai kapasiti ladang pengeluaran kilang tersebut berbanding dengan produknya yang terdapat dipasaran.  Jika pengeluarannaya adalah berterusan dan melebihi kapasiti ladang pengeluaran, kemungkinan besar hasilan mereka adalah madu campuran atau madu tiruan.  Jika penjual berkenaan menyatakan madu yang dipasarkan diperoleh dari hutan, pastikan sumber pembekalnya.  Satu perkara perlu diingatkan bahawa pengeluaran madu liar adalah bermusim.  Adalah agak sukar untuk dipercayai jika pengeluaran madu berkenaan terdapat sepanjang tahun.

3. Ujikaji ringkas

Banyak penulisan diinternet yang memberi panduan mudah untuk membezakan antara madu asli dan madu tiruan.  Kita boleh gunakan panduan asas untuk mendapatkan perbezaanya. Madu yang tidak lulus ujian-ujian tersebut boleh diketepikan.  Tetapi pembeli harus ingat tidak semua madu yang lulus ujian tersebut ialah madu asli.  Penjual madu tiruan / madu campuran yang licik akan mengolah bekalan madu mereka agar lulus ujian mudah ini.

4. Pemerhatian dan rasa

Bila anda membeli madu asli dari sumber yang sah, buat pemerhatian khusus terhadap madu tersebut dari segi sifat fizikal (warna, kepekatan, dll), bau dan citarasa.  Buat perbandingan dengan madu yang ada baru beli adakah ianya mempunyai perbezaan yang nyata.  Bagi pengamal madu asli, sifat-sifat seperti bau dan citarasa adalah agak mudah untuk dibezakan.  Pembekal madu tiruan adalah agak sukar untuk meniru sifat-sifat ini.  Hanya pengamal madu asli sahaja dapat membezakan.

5. Beli daripada sumber yang boleh dipercayai

Dapatkan maklumat berkenaan dengan pembekal / penternak madu asli dikawasan anda.  Beli madu dari mereka setelah status pengeluaran mereka tidak diragui dari ketulenan madu dan juga amalan kebersihan diikuti.  Mereka yang tinggal dikawasan bandar yang susah untuk mencari penternak yang berdekatan, pembelian dari pembekal yang mempunyai rekod yang baik secara dalam talian boleh juga dibuat.  Sehubungan dengan itu, saya tidak syorkan madu dibeli dari penjual yang datang dari rumah ke rumah atau pasar-pasar minggu / pasar tani jika kita tidak pasti sumber bekalan diperoleh.




Kami membekalkan Madu KELULUT Asli. Admin 0197890060